PERHIMPUNAN ANGGOTA BIL 5.2023 & MAJLIS BACAAN YASIN

 12 Mei 2023(Jumaat) 3.00 petang, telah berlangsung Perhimpunan Anggota Bil.5/2023 & Majlis Bacaan Yasin  di Bilik Mesyuarat Dato Sagor, MDPT. 

*Majlis Bacaan Yassin*

Telah diketuai oleh Tuan Setiausaha MDPT.

*Perhimpunan Anggota- Ucapan Tuan Yang Dipertua*

Di dalam ucapan Tuan Yang Dipertua, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Kakitangan MDPT. Tuan Yang Dipertua juga telah memaklumkan Majlis Daerah Perak Tengah telah menerima Sijil Penghargaan daripada Maju Perak Holdings kerana telah menjadi agensi yang pertama di negeri Perak yang menggunakan Sistem Solar.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan Kelab Kebajikan Sosial Dan Rekreasi atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang Bulan Ramadan. Diharapkan agar semangat bekerja ini dapat dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

*Ikrar Bebas Rasuah*

Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah MDPT juga telah menjadi agenda utama Perhimpunan Bil.5-2023. Ikrar Bebas Rasuah ini bertujuan untuk memberikan peringatan kepada penjawat awam agar menjauhi rasuah serta menjadi inisiatif MDPT dalam mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah di kalangan warga kerja MDPT.

*Pelancaran Semula EKSA*

MDPT ke arah Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada tahun ini. Majlis Pelancaran Semula EKSA diadakan bertujuan untuk memberi penekanan dan pemakluman kepada semua warga kerja MDPT  agar bersiap sedia dan berusaha ke arah Pensijilan Semula EKSA dengan mematuhi Garis Panduan EKSA MDPT.






Comments

Popular Posts