MAJLIS ULANGTAHUN PERTAMA PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) KERJASAMA STRATEGIK ANTARA MDPT & UITM SERI ISKANDAR

 17 Mac 2023 - Majlis Ulangtahun Pertama sempena Perjanjian Persefahaman (MOU) Kerjasama Strategik antara MDPT dan UiTM Seri Iskandar telah diadakan di Bilik Dato Sagor MDPT. Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Dipertua MDPT, Rektor UiTM, Setiausaha, Ahli Majlis, Pegawai Kanan Uitm serta ketua Jabatan MDPT.

Disepanjang tempoh 1 tahun ini, pelbagai kerjasama telah dilaksanakan antaranya Projek Pemasangan Solar Panel di Puncak Iskandar, International Degree Design Exchange, Pembangunan Logo Pelancongan Perak Tengah, Lawatan Akedemik ke Bandung Indonesia dan Lukisan Mural di Parit.

Selain itu, beberapa perancangan kerjasama akan datang juga telah disusun antaranya projek Black Soldier Fly, Micro Mobility, inovasi, program komuniti dan banyak lagi.



Comments

Popular Posts