MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2022 MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH

 7 Mac 2023 (Selasa) -

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Majlis Daerah Perak Tengah telah dilaksanakan di Grand Ballroom, D'Hotel Seri Iskandar.

Pihak pentadbiran telah menjemput Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) bagi merasmikan Majlis tersebut.

Turut hadir Puan Mufidah Binti Mahfodz (Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Negeri Perak) bagi mengiringi Yang Berhormat. Majlis turut diserikan dgn kehadiran ahli-ahli majlis MDPT

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pentadbiran telah memilih seramai 9 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), dan 16 orang penerima Anugerah Terampil pada tahun ini.





Comments

Popular Posts