PERHIMPUNAN ANGGOTA BIL 1.2023 & MAJLIS BACAAN YASIN SERTA MAJLIS MENANDATANGANI AKU JANJI PENJAWAT AWAM BERDASARKAN PERUNTUKAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

 6.1.2023 - telah berlangsung Perhimpunan Anggota Bil.1/2023 & Majlis Bacaan Yasin serta Majlis Menandatangani Aku Janji Penjawat Awam di Bilik Mesyuarat Dato Sagor,MDPT

Perhimpunan Anggota ini dilaksanakan bagi mendengar amanat tahun baru 2023 daripada Tuan Yang Dipertua MDPT Tuan Mohd Syukri Bin Azaari. Tuan YDP menegaskan agar semua kakitangan dapat melaksanakan tugas-tugas dengan cemerlang dan dedikasi serta sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Majlis ini juga dilaksanakan bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah digariskan dalam Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Majlis Daerah Perak Tengah. Akur janji ini merupakan salah satu usaha Majlis Daerah Perak Tengah komited melaksanakan tadbir urus yg baik selaras dengan kehendak kerajaan.



Comments

Popular Posts