Apa Itu EKSA?


EKSA-Ekosistem Kondusif Sektor Awam


"EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia diterajui oleh MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Perngurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Perlaksanaan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010. Ianya bertujuan bagi meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang berimej korporat serta melahirkan idea dan aktiviti yang kreatif dan berinovasi."




Pengenalan EKSA



Pihak MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam seperti perkara di bawah:-



  • SISIH - merupakan pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.


  • SUSUN - peralatan dengan teratur, kemas, berkesan, selamat dan mudah dicapai.


  • SAPU - untuk memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan.


  • SERAGAM -bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur   atau peraturannya. 


  • SENTIASA AMAL - usaha mengekalkan 4 amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu dan seragam di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan.



Penjenamaan Semula Amalan 5S



EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik disamping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan

untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. 


Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
• Imej Korporat;
• Kreativiti dan Inovasi;
• Amalan Hijau
• Persekitaran Kondusif; dan
• Kepelbagaian Agensi.

Comments

Popular Posts