PERHIMPUNAN ANGGOTA BIL 6.2023 & MAJLIS BACAAN YASIN

 Perhimpunan Anggota Bil 6.2023 & Majlis Bacaan Yasin

2 Jun 2023(Jumaat), telah berlangsung Perhimpunan Anggota Bil.6/2023 & Majlis Bacaan Yasin  di Bilik Mesyuarat Dato Sagor, MDPT. Seramai hampir 70 orang Kakitangan telah hadir menyertai Perhimpunan pada hari ini.

Majlis Bacaan Yassin

Telah diketuai oleh Tuan Setiausaha MDPT.

Perhimpunan Anggota - Ucapan Tuan Yang Dipertua

Tuan Yang Dipertua mengucapkan Salam Takziah kepada Kakitangan MDPT yang telah kehilangan Ahli keluarga baru-baru ini.

Beliau berharap agar semua Kakitangan dapat menjaga kesihatan diri serta ahli keluarga pada musim panas ini.

Tuan Yang Dipertua juga berharap agar Kakitangan MDPT dapat terus memberikan komitmen yang baik di dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

Taklimat Simpanan Pru-BSN

Satu sesi taklimat simpanan telah disampaikan oleh Encik Irfan Azril daripada Pru-BSN Takaful. Taklimat yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Kakitangan tentang kepentingan simpanan di masa tua.



Comments

Popular Posts